Artikel Fikri Mahmud

Islam dan Imej Keganasan: Satu Analisa Tentang Prinsip Jihad Dalam Al-Qur'an

Home
Pengantar
Gerakan Teroris Dalam Masyarakat Islam: Analisis Terhadap Gerakan Jemaah Islamiah (JI)
Citra Barat Tentang Islam: Tinjauan Terhadap Kes Karikatur Nabi Muhammad
Landasan Relijuis Keganasan Israel
Islam dan Imej Keganasan: Satu Analisa Tentang Prinsip Jihad Dalam Al-Qur'an
Urgensi "Fiqih Realitas"
Antara Bahasa, Fikiran, dan Tindakan
Politik dan Perpecahan Umat Islam: Latar Belakang Sejarah
Keadilan Kata-kata Dalam Perspektif Islam dan General Semantic
Punca Perselisihan Umat Islam Malaysia: Masalah Definisi
Penyakit "Extension" Dalam Logika Politik
Konsep Diri dan Agama
Revitalisasi Syariah Islam: Perlunya Sikap Terbuka Memandang Mazhab

Islam dan Imej Keganasan: Satu Analisa Tentang Prinsip Jihad Dalam Al-Qur’an*)

Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff & Fikri Mahmud

Abstrak

Selepas serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) di New York, masyarakat antarabangsa bertekad memerangi keganasan. Amerika Syarikat adalah negara paling kuat menjuarai serangan terhadap keganasan dan hampir pula mengaitkannya dengan Islam. Meskipun antara Islam dan keganasan adalah dua wajah yang saling bertentangan, namun kedua-duanya selalu dihubungkaitkan. Pada sudut yang lain, gerakan-gerakan keganasan memang wujud pula dalam masyarakat Islam. Perkara tersebut semakin menambah pandangan negatif dan memperburukkan lagi warna Islam di mata dunia. Jihad secara khusus telah difahami sebagai gerakan keganasan, atau sekurang-kurangnya dianggap sebagai penyebab timbulnya gerakan tersebut. Artikel ini cuba mengupas persoalan ini dengan membuang imej keganasan terhadap Islam melalui kupasan terhadap prinsip jihād dalam al-Qur’an.

Pendahuluan

Sejak Abad Pertengahan, Islam di Barat selalu menjadi sasaran tohmahan, sama ada yang telah dilakukan oleh pihak gereja mahupun para sasterawan. Islam dianggap sebagai agama yang berbahaya, lahir dari kuasa jahat, disiarkan dengan pedang, pencetus perselisihan dan keganasan.[1] Sebelum peristiwa 11 September 2001 berlaku, bagi kebanyakan rakyat Amerika “muslim” bererti “pengganas”, “Islam” bererti “kekerasan” dan umat Islam disinonimkan dengan fanatisme.[2] Selepas peristiwa tersebut imej Islam semakin buruk. Sebahagian orang beranggapan bahawa keganasan benar-benar sebati dengan Islam, Nabi Muhammad dituduh sebagai seorang pengganas.[3] “Muhammad was a terrorist. Based upon Muhammad's actions and teachings, Islam justifies terrorism. Today, Muslims use that justification to attack and murder those who differ from them. Muslim terrorists follow in Muhammad's footsteps”, kata Silas.[4]

Antara ajaran Islam yang paling banyak mendapat perhatian adalah jihad. Perkataan jihad telah dipandang negatif dan difahami sebagai aktiviti keganasan, atau sekurang-kurangnya dianggap sebagai penyebab timbulnya gerakan keganasan.[5] Bahkan menurut Edmund Bosworth, segala aktiviti politik yang berlaku di negara-negara seperti Turki, Iran, Sudan, Ethiopia, Sepanyol, India dan sebagainya selama lebih 12 abad adalah berpunca daripada panggilan jihad.[6]

Kesalahfahaman terhadap Islam disebabkan berbagai faktor, antaranya:

Pertama, imej negatif yang telah ditimbulkan oleh gereja sejak Abad Pertengahan. Perkara ini sudah pun diakui oleh gereja. Selepas Majlis (Council) Vatican II (1962-1965) gereja berusaha kembali untuk memulihkan imej Islam yang sudah terlanjur buruk.[7]

Kedua, konflik yang telah berlaku antara kedua belah pihak sepanjang sejarah. Masing-masing pihak telah berjaya menaklukkan pihak lainnya secara bergantian. Mulanya umat Islam yang berjaya mengusir kekuasaan Barat (Rom-Greek) dari Timur Tengah, kemudian menaklukkan beberapa wilayah Eropah. Setelah itu giliran Barat pula yang menaklukkan dan menduduki dunia Islam selama berabad-abad. Pihak Barat secara tidak adil membesar-besarkan penaklukan yang dilakukan umat Islam. Pendudukan Turki ke atas wilayah Eropah dianggap sebagai “teroris dunia”.[8] Penaklukan yang dilakukan umat Islam disebut pencerobohan budaya (cultural agression), imperialisme Arab (Arab imperialism), atau kolonialisme Islam (Islamic colonialism), dan sebagai bukti bahawa Islam disebarkan dengan pedang.[9] Sebaliknya, penjajahan bangsa Eropah ke atas wilayah Asia, Afrika, dan Amerika Latin mereka namakan “misi membudayakan bangsa barbar” (a mission to civilize the barbaric native).[10]

Ketiga, kejahilan tentang Islam. Secara umum masyarakat Barat kurang memahami Islam. Para sarjana non-muslim yang mengkaji Islam pun kurang mengetahui hakikat Islam sebenar. Yang mereka kaji lebih banyak berkenaan dengan “Islam sejarah” atau “Islam aktual”, bukan “Islam normatif” atau “Islam konseptual”,[11] Padahal untuk mendapatkan kajian yang lebih objektif kedua-duanya mestilah dibezakan.[12] Sebab Islam sejarah/Islam aktual adalah Islam yang telah diterjemahkan ke dalam konteks sejarah oleh umat Islam untuk menjawab cabaran sejarah yang serba kompleks dalam bidang sosial-politik dan budaya yang datang silih berganti. Jawapan yang diberikan itu belum tentu semuanya bertolak daripada ajaran al-Qur’an dan al-sunnah. Sedangkan Islam normatif/Islam konseptual adalah Islam yang tersurat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih (authentic), tapi belum tentu tercermin dalam perilaku umat Islam dan realiti sejarah mereka. Oleh kerana sarjana Barat –pada umumnya– mengkaji Islam dari perspektif sosio-historik, maka natijah yang dihasilkannya pun tidak kurang ada yang bertentangan dengan Islam itu sendiri. Max Weber misalnya memandang Islam sebagai “agama tukang-tukang perang” (the religion of warrior class), yang bertujuan mendapat ufti (jizyah) daripada penganut agama lain, supaya Islam naik ke peringkat tertinggi dalam skala sosial dunia.[13] “…Muhammad”, kata Weber”, “constructed the commandment of the holy war involving the subjugation of the unbelievers to political authority and economic domination of the faithful”.[14]

Keempat, sikap sebahagian umat Islam itu sendiri. Segolongan umat Islam memang ada yang berfikiran ganas, mereka melakukan keganasan dengan alasan melaksanakan jihad. Ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi digunakan secara serampangan untuk membenarkan tindakan keganasan yang mereka lakukan.[15] Bahkan ada yang menamakan kumpulan mereka dengan menggunakan perkataan jihad, seperti al-Jihad al-Islami, Tandhim al-Jihad, dan sebagainya. Kelompok yang menyembelih warga Korea Selatan di Iraq bulan Jun 2004 yang lepas menamakan diri mereka sebagai kumpulan al-Tawhid wa al-Jihad. Tragedi 11 September 2001 disambut oleh sebahagian umat Islam dengan rasa syukur dan penuh kegembiraan, walaupun para ulama' dan pemimpin Islam mengutuknya.[16] Perkara semacam ini tentu menambahburukkan lagi pandangan dunia terhadap Islam secara umum dan jihad secara khusus.

Para ulama' dari dahulu hingga kini berbeza pandangan dalam memahami jihad. Adakah jihad hanya bersifat mempertahankan diri (defensive) atau juga menyerang (offensive). Apakah ia hanya boleh dilancarkan terhadap orang-orang kafir yang memerangi umat Islam sahaja, atau terhadap non-muslim secara keseluruhan. Ini adalah kerana adanya ayat-ayat jihad yang nampak seolah-olah bertentangan. Mereka cuba mencari penyelesaian melalui penggunaan kaedah ‘A<mm dan Takhsis-nya, Mut}laq dan Muqayyad-nya, bahkan juga Nasikh dan Mansukh-nya. Dengan cara beginilah mereka merumuskan hukum jihad.

Ayat-ayat jihad turun mengikut keadaan yang dihadapi umat Islam; Masing-masing keadaan menuntut penyelesaiannya tersendiri. Adalah tidak mungkin merumuskan hukum jihad secara umum hanya berdasarkan kepada satu keadaan tertentu sahaja.[17] Penggunaan kaedah Nasikh-Mansukh dalam perkara ini pula boleh membawa suatu kekeliruan.[18] Oleh itu, jalan yang paling selamat adalah mengamalkan ayat-ayat tersebut dalam kondisinya masing-masing. Maka pendekatan sejarah dalam memahami jihad amat diperlukan. Oleh kerana keterbatasan ruang, artikel ini hanya akan ditumpukan pada sebab dan tujuan jihad, serta sasaran dan cara pelaksanaannya, dengan tujuan memperbandingkannya dengan keganasan.

Prinsip Jihad Dalam Al-Qur’an

Pengertian Jihad

Jihad merupakan mas}dar (verbal noun) daripada perkataan jahada (جاهد) yang bermakna: usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh atau perjuangan, perlawanan, dan peperangan. [19] Dalam pengertian ini perkataan jihad atau jahada tersebut masih bersifat umum, boleh dipergunakan pada orang-orang muslim mahupun non-muslim.[20] Boleh jadi jihad dilakukan di jalan Allah (al-Jihad fi Sabil Allah), dan boleh jadi pula dilakukan di jalan syaitan (al-Jihad fi Sabil al-Syait}an).[21] Tapi, dalam Islam istilah jihad tidak digunakan melainkan untuk kebaikan dan mengharap rida Allah semata-mata.

Secara umum Ibn Taymiyyah menjelaskan pengertian jihad sebagai “hakikat ijtihad (pengerahan daya upaya secara maksimum) dalam menghasilkan apa sahaja yang disukai oleh Allah berupa keimanan dan pekerjaan yang baik, dan menolak segala yang dibenci oleh Allah berupa kekafiran, dan kefasikan, serta kemaksiatan”.[22] Jihad dalam pengertian ini mencakupi segala bentuk perbuatan yang baik dan perlawanan terhadap hawa nafsu, syaitan, orang-orang kafir, orang-orang munafiq, ahli munkar, orang-orang zalim dan orang-orang fasik.[23] Jihad melawan godaan hawa nafsu dan syaitan disebut “jihad yang paling besar” (al-Jihad al-Akbar), sedangkan jihad melawan musuh yang nyata seperti orang-orang kafir dan orang-orang munafiq disebut “jihad kecil” (al-Jihad al-As}ghar).[24] Walaupun demikian, sebahagian ulama' telah mempersempit pengertian jihād pada “peperangan” sahaja. Sudah tentu hal ini boleh menimbulkan kesalahfahaman bahawa yang dimaksud dengan jihad itu hanyalah perang semata. Apabila jihad dikatakan kemuncak agama, maka boleh memberi kesan bahawa Islam adalah agama perang sebagaimana difahami oleh Weber.

Para ulama' berbeza pendapat dalam mendefinisikan jihad. Tidak mungkin memaparkan semua pandangan mereka di sini. Namun, pandangan-pandangan mereka itu dapat digolongkan kepada beberapa kelompok:

Memandang jihad sebagai perang untuk membela dan mempertahankan diri daripada serangan musuh.[25]

Berpendapat bahawa jihad adalah perang menghancurkan orang-orang kafir.[26]

Menyatakan bahawa jihad adalah usaha menyampaikan dakwah Islam kepada non-muslim dan memerangi orang-orang yang tidak mahu menerimanya.[27]

Memandang jihad sebagai gerakan revolusi menumbangkan sistem sosial dunia yang ada dan menggantinya dengan sistem Islam.[28]

Dalam al-Qur'an jihad tidak selalu bermakna "perang" menggunakan senjata, melainkan "perjuangan" dan "perlawanan" secara umum. Sebaliknya perang bersenjata diungkapkan dengan perkataan "al-Qital" atau "al-H{arb". Ayat-ayat jihad yang turun di Makkah tidak satupun bermakna perang.[29] Perintah perang ketika di Madinah adalah disebut dengan menggunakan perkataan "al-Qital", bukannya " jihad ".[30] Makna jihad akan difahami sebagai perang adalah melalui konteks ayat dimana ia disebut. Ketika ayat itu berbicara tentang perjuangan atau perlawanan menggunakan senjata maka pengertian jihad yang terkandung di dalamnya adalah "perang".[31] Oleh itu, jihad sebetulnya lebih tepat dikekalkan dalam pengertian umumnya. Membatasi jihad sebagai perang sahaja akan membawa kekeliruan.

Perintah jihad sudah turun kepada Rasulullah s.a.w. sejak zaman Makkah, tapi bukan dalam bentuk perlawanan bersenjata (perang), melainkan perlawanan menggunakan al-Qur'an: “فلا تطع الكـــفرين وجــهدهم به جهادا كبيرا ” [Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Qur'an dengan jihad yang besar].[32] Selama tiga belas tahun di Makkah kaum muslimin menerima tekanan dan penganiayaan dari kafir Quraysy, namun mereka tidak dibenarkan melawan menggunakan senjata.[33] Mereka diperintah supaya tetap sabar mempertahankan akidah dan berusaha terus menyampaikan h}ujjah, penjelasan, dan pesan-pesan kebenaran yang dibawa oleh al-Qur'an. Inilah bentuk jihad semasa di Makkah. Sebahagian ulama' menamakannya "jihad secara damai" (al-jihad al-silmi atau peaceful jihad).[34] Kebenaran menggunakan senjata baharulah turun ketika kaum muslimin telah berhijrah ke Madinah.

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari ni'mat. Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa menolong mereka. (Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.[35]

Daripada huraian di atas nyatalah bahawa jihad bersenjata (perang) sebenarnya merupakan langkah terakhir dan baharulah boleh dilaksanakan setelah cara-cara damai yang ditempuh tidak membuahkan hasil. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mengutamakan perdamaian, bukan agama perang seperti yang disangkakan Weber.

Sebab Dilaksanakan Jihad

Pertama, adanya serangan dari pihak luar. Umat Islam diperintahkan memerangi orang yang telah memerangi mereka dan dilarang memulakan peperangan terhadap orang lain. Firman Allah: “وقـــتلوا في سبيل الله الذين يقـــتلونكم ولاتعتدوا ان الله لايحب المعتدين [36] Maulana Muh}ammad ‘Ali mentafsirkan ayat ini dengan: "And fight in the way of Allāh against those who fight against you, and be not aggressive; surely Allāh loves not the aggressors".[37] Dilihat dari sudut ini jihad lebih bersifat mempertahankan diri (perang defensive). Bahawa kemudian umat Islam diperintahkan menyerang musuh-musuh mereka tidaklah harus difahami sebagai "serangan permulaan", melainkan sebagai "serangan balasan" terhadap orang-orang yang telah memulakan peperangan sebelumnya. Dalam perang sudah lazimnya berlaku serang dan diserang secara bergilir-gilir. Keizinan berperang sebagaimana dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah selepas kafir Quraysy memulakan permusuhan terhadap umat Islam. Ketika tiba di Madinah, Rasul menjalin kerja sama dengan golongan Yahudi, mereka ikut menandatangani Piagam Madinah. Tapi setelah mereka berkhianat dan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam baharulah Rasul melancarkan perang terhadap mereka. Adanya perintah dalam al-Qur'an untuk memerangi orang-orang kafir dan Ahli Kitab sehingga mereka membayar jizyah adalah merupakan serangan penyudah daripada rangkaian peperangan yang sudah bermula sebelumnya. Dengan menyerah diri (ditandai dengan kesediaan membayar jizyah) maka peperangan pun selesai dan keamanan terjaga di tangan umat Islam. Seandainya kafir Quraysy tidak memusuhi Islam dan sekiranya kelompok Yahudi tiada berkhianat, maka perjalanan sejarah akan menjadi lain. Sejarah akan bercerita bahawa mereka hidup berdampingan secara damai sebagai komponen warga negara yang memiliki hak-hak dan kewajipan yang sama dengan umat Islam sebagaimana termaktub dalam Piagam Madinah.

Dakwah Islam dan pembinaan masyarakat Madinah saban hari berada dalam ancaman perang dari kaum Quraysy, suku-suku Arab Badwi, golongan Yahudi Madinah dan empayar Byzantium; Sehingga keadaan umat Islam pada masa itu --menurut satu lapuran-- tidak boleh tidur ataupun bangun melainkan dengan senjata.[38] Ketika suatu umat harus mempertaruhkan keberlangsungan hidup mereka, jika tiada gunanya lagi perjanjian damai maka satu-satunya jalan yang harus ditempuh adalah perang habis-habisan.[39] Dalam suasana seperti itulah turunnya ayat-ayat yang memerintahkan memerangi orang-orang kafir secara keseluruhan. Umat Islam harus menaklukkan musuh-musuh mereka, sama ada yang telah memulakan perang mahupun yang mempunyai rencana jahat terhadap mereka.[40] Apabila keadaan memaksa, maka tindakan preventive harus dilakukan.[41] Oleh itu, tidak adil jika kita menilai kejadian sejarah masa lampau dengan menggunakan ukuran masa kini, kerana masing-masing peristiwa mempunyai latar belakang dan memerlukan jawapan yang khas untuk dirinya sendiri. Lebih tidak adil lagi bila kita menjadikan satu peristiwa sejarah sebagai bahan rujukan (dalil) bagi menetapkan hukum untuk diterapkan kepada semua keadaan.[42]

Kedua, adanya kezaliman dan penindasan. Adalah kewajipan umat Islam menolong orang-orang teraniaya dan tertindas. "Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdo'a: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau".[43]

Tujuan Jihad

Pertama, mempertahankan diri daripada serangan musuh, termasuk mempertahankan kedaulatan wilayah negara Islam daripada pencerobohan kuasa asing.

Kedua, menghapuskan kezaliman dan penindasan, terutama sekali bagi umat Islam yang memohon pertolongan daripada penindasan. Tapi jika mereka berasal dari negara yang telah menjalin perjanjian damai dengan negara Islam, maka umat Islam harus menghormati perjanjian tersebut dan tidak dibenarkan turut campur (intervensi) menangani urusan dalaman negara berkenaan.[44] Ketika itu jalan damai (diplomasi) yang harus dilakukan.

Ketiga, mengakhiri peperangan dan mewujudkan perdamaian. "Tujuan perang Islam ialah untuk mengakhiri peperangan", kata Pickthall.[45] Adakalanya peperangan tidak boleh dihentikan melainkan dengan perang. Islam melancarkan perang supaya tidak ada lagi perang. Dengan berakhirnya peperangan, maka berakhir pula segala bentuk permusuhan melainkan terhadap penjahat perang. "Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim".[46] "Jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi kamu serta mengemukakan perdamaian kepadamu maka Allah tidak memberi jalan bagimu (untuk menawan dan membunuh) mereka".[47]

Keempat, menegakkan kebebasan beragama. Penindasan yang dilakukan kafir Quraysy terhadap umat Islam adalah disebabkan masalah agama. "Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup".[48] Umat Islam diperintahkan berperang sehingga penindasan agama benar-benar lenyap. "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah[49] lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim".[50] Jihad tidak bertujuan untuk memaksa umat lain masuk Islam dan menghancurkan rumah-rumah ibadah mereka.[51] Kebenaran berperang adalah juga untuk menjaga agar biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan mesjid-mesjid tidak dirobohkan, sebagaimana telah disebut di atas. Jika jihad bertujuan untuk memaksa non-muslim masuk Islam, tentulah mereka tidak diberi pilihan antara masuk Islam, atau tetap dalam agama mereka dengan membayar jizyah, atau meneruskan perang.[52]

Sasaran Jihad

Sasaran jihad adalah orang-orang yang terlibat dalam memerangi umat Islam. "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu".[53] Mereka yang tidak terlibat tidak boleh diperangi. "Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil".[54] Itulah sebabnya Rasul melarang menjadikan penduduk awam (non-combatants) sebagai sasaran. Baginda melarang membunuh anak-anak, para wanita, orang yang sudah tua, orang kurang upaya, para rahib di biara-biara, para petani, dan lain-lainnya yang tidak terlibat dalam peperangan.[55]

Jihad juga tidak boleh disasarkan kepada kepentingan-kepentingan awam. Terdapat dalam larangan yang dikeluarkan oleh khalifah Abu Bakar kepada para pejuang yang akan bertolak ke Syria, agar tidak merobohkan bangunan, tidak menebangi pokok-pokok kurma dan memusnahkan buah-buahan, tidak membunuh binatang ternak kecuali sekadar untuk dimakan.[56] Oleh itu, penggunaan senjata pun harus dibatasi. Walaupun umat Islam diperintah untuk mempersiapkan diri dengan berbagai macam senjata, tetapi ketika penggunaannya haruslah melihat kepada keperluan. Penggunaan senjata pembunuh beramai-ramai jelas melanggar prinsip jihad. Kerana tujuan jihad bukanlah memusnahkan, melainkan melumpuhkan kekuatan lawan sehingga tidak wujud lagi kejahatan daripada mereka.[57]

      Namun larangan-larangan tersebut boleh berubah mengikut keadaan. Misalnya, jika musuh memerangi umat Islam secara keseluruhan, ketika itu umat Islam dibenarkan pula membalas sesuai dengan perlakuan mereka, "dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya".[58] Demikian juga jika mereka menghancurkan kepentingan-kepentingan awam yang dimiliki umat Islam. "Oleh sebab itu barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu".[59]

Perlaksanaan Jihad

Dalam melaksanakan jihad ada kaedah yang harus dipatuhi. Jihad tidak boleh dilaksanakan pada bulan-bulan H{aram[60] dan di tempat H{aram, kecuali jika musuh melanggar ketentuan tersebut, maka umat Islam dibenarkan membalas perbuatan mereka: "Dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil-H{aram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu".[61] Larangan ini sudah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Dengan erti perkataan lain, perlaksanaan jihad haruslah menghormati undang-undang perang antarabangsa.

Jihad hanya boleh diisytiharkan oleh pemimpin umat Islam. Jika sebelumnya ada perjanjian damai dengan pihak musuh, maka pemimpin Islam harus memberi tahu mereka tentang pembatalannya.[62] Sebelum perang berlaku umat Islam haruslah terlebih dahulu berusaha memujuk orang-orang yang memusuhi mereka itu menjadi saudara (masuk Islam); Atau setidak-tidaknya berunding (negotiation) mengajak berdamai dan bekerjasama dengan mereka (umat Islam menjaga keselamatan, mereka membayar jizyah [63]). Jika cara-cara damai ini tidak membuahkan hasil, maka tiada jalan lagi selain meneruskan peperangan.

Sasaran tempur hanyalah orang-orang yang terlibat dalam perang dan penggunaan senjata haruslah diperhitungkan sebagaimana telah dihuraikan di atas. Walaupun perang sudah berlangsung, namun umat Islam diperintahkan untuk berdamai jika musuh mahukan perdamaian.[64] Mayat-mayat musuh tidak boleh dirusaki. Tawanan perang haruslah diperlakukan dengan adil dan baik.[65] Kemudian terpulang kepada pemimpin Islam menentukan kedudukan mereka, apakah dibebaskan, atau diminta tebusan, atau ditukarkan dengan tawanan muslim yang ada ditangan musuh, dan sebagainya. Kecuali bagi penjahat perang, ia harus diadili sesuai dengan kesalahannya. Jika ada yang meminta perlindungan dari kalangan musuh (musta'min), umat Islam dibolehkan melindunginya dan menjamin keamanan dirinya serta harta bendanya.[66] Harta benda musuh sama ada yang didapati melalui perang (al-ghanimah) ataupun melalui perjanjian damai (al-fay', kharaj dan jizyah) penggunaannya diatur oleh negara dan dimanfa'atkan untuk kepentingan awam sesuai dengan petunjuk syari'ah. [67]

Antara Jihad Dan Keganasan

Pengertian Keganasan

“Keganasan” istilah yang sudah popular digunakan sebagai terjemahan daripada istilah Inggeris “terrorism”. Secara bahasa “terrorism” berasal daripada perkataan “terror” yang bermakna “menakutkan” atau “mengerikan”.[68] Sehingga kini belum ada kesepakatan dalam menentukan definisi terrorism atau keganasan.[69] Oleh itu, antara sarjana ada yang berpendapat bahawa perkara yang lebih tepat adalah menentukan ciri-ciri keganasan itu daripada memusatkan perhatian pada definisinya. Dengan cara inilah terorisme dapat difahami dengan baik. [70] Antara ciri-ciri keganasan yang dikemukakan oleh para sarjana adalah sebagai berikut:

Bentuk tindakan: Keganasan merupakan tindakan kekerasan yang tergolong kepada jenayah berat, melanggar undang-undang dan moral. Seperti perompakan, penculikan, penawanan, pembunuhan, pembakaran, pengeboman, perampasan kapal terbang, sabotaj, dan lain sebagainya.

Korban: Biasanya masyarakat awam (non-combatants) yang tiada kena mengena dengan konflik (pihak ketiga).

Tujuan: Umumnya dilakukan untuk mencapai tujuan politik, atau tujuan-tujuan tertentu yang hendak dicapai oleh pelakunya, seperti: ideologi, agama, dan sebagainya.

Cara bertindak: Serangan dirancang secara rahasia dan dilakukam secara mengejut, tidak dapat diramal sebelumnya.

Pelaku: Biasanya anggota kumpulan yang teratur dan terancang.

Aksi-aksi terorisme dimaksudkan untuk mendapat publisiti yang maksimum, supaya khalayak ramai (audien) merasa takut dan ngeri, dan lain sebagainya.[71]

Daripada huraian di atas dapat difahami bahawa terorisme merupakan cara bertindak, iaitu dengan melancarkan serangan secara mengejut terhadap orang awam, atau pihak ketiga yang tiada kena mengena dengan konflik yang berlaku. Ini sesuai dengan definisi yang dibuat oleh Alex P. Schmid dan Janny de Graaf: “The deliberate and systematic use or threat of violence against instrumental (human) targets (C) in a conflict between two (A, B) or more parties, whereby the immediate victims C – who might not even be part of the conflicting parties – cannot, through a change of attitude or behaviour, dissociate themselves from the conflict.[72]

Perbandingan Antara Jihad Dan Keganasan

Melihat kepada ciri-ciri keganasan di atas, ternyata antara jihad dan keganasan terdapat perbezaan yang sangat signifikan, perkara ini dapat dilihat dalam jadual berikut:

 

Jadual: Perbandingan Antara Jihad dan Keganasan

 

Perkara

Jihad

Keganasan

Tujuan

Mempertahankan diri.

Menghapuskan kezaliman dan penindasan.

Mengakhiri peperangan dan mewujudkan perdamaian.

Menegakkan kebebasan beragama.

Menakut-nakuti dan mengugut lawan.

Mendapatkan publisiti.

Mendapatkan tuntutan politik, ekonomi, ideologi, agama dan sebagainya.

Prinsip

Perang adalah langkah terakhir setelah gagal mencuba dengan cara-cara damai.

Menggunakan kekuatan secara perhitungan untuk menghindari banyak korban.

Keganasan adalah cara untuk mencapai tujuan.

Menggunakan kekerasan secara perhitu-ngan untuk menciptakan ketakutan yang lebih besar.

Sasaran/

Korban

Hanya orang yang ikut berperang dan mempunyai peranan dalam peperangan sahaja.

Orang-orang yang tidak terlibat dalam konflik yang sedang terjadi.

Perlaksanaan

 

I. Sebelum Perang:

Memberitahukan pembatalan perjanjian, jika sebelumnya ada perjanjian dengan musuh.

Memberi tiga pilihan kepada musuh, antara : (1). Masuk Islam; (2). Membayar jizyah; atau (3). Meneruskan perang.

Perang diisytiharkan oleh kepala pemerinta-han negara.

 

II. Ketika Perang:

1. Hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat dalam peperangan.

2. Tidak dibenarkan membunuh kanak-kanak, wanita, lelaki tua, orang yang kurang upaya, para rahib/pendeta, petani, pedagang, orang gila, dan sebagainya; kecuali jika mereka ikut berperang sama ada secara langsung atau tidak langsung.

3. Tidak boleh membunuh musuh yang sudah menyerah atau orang yang meminta perlindungan.

4. Tidak dibenarkan memusnahkan kepentingan awam seperti sumber makanan dan minuman.

5. Tidak boleh membunuh binatang ternak, kecuali sekedar untuk dimakan.

6. Tidak boleh menebangi pepohonan, merusak bangunan, yang tiada berkenaan dengan peperangan.

7. Tidak boleh merusak mayat musuh.

8. Dianjurkan berdamai, jika musuh menginginkan perdamaian.

 

III. Selepas Perang:

1. Tawanan perang diperlakukan dengan adil dan baik.

2. Tawanan perang terpulang kepada pemerintah: boleh dibebaskan, atau menebusi diri mereka, atau pertukaran tawanan sesuai dengan persetujuan bersama, kecuali bagi penjahat perang.

3. Penjahat perang diadili dan dijatuhi hukuman sesuai dengan kesalahan masing-masing.

4. Harta rampasan perang dikendalikan oleh pemerintah dan ditentukan penggunaannya sesuai dengan hukum syari‘ah.

I. Sebelum Serangan:

1. Merancang serangan secara rahasia.

2. Menyampaikan ugutan dan tuntutan (kadang-kadang).

3. Memberi pilihan yang menguntungkan pengganas (kadang-kadang).

4. Tiada pengisytiharan rasmi akan adanya serangan.

 

II. Ketika Serangan:

1. Menyerang orang-orang yang tidak terlibat dalam konflik.

2. Tiada membeza-bezakan korban dan tiada sebarang peraturan yang melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua, dan sebagainya.

4. Tiada sebarang larangan memusnahkan sumber makanan, minuman, bangunan, dan sebagainya; malahan serangan boleh dilancarkan kepada apa sahaja dan siapa sahaja yang dikehendaki.

5. Tiada perdamaian sebelum tercapai tujuan pengganas.

 

 

 

 

 

 

 

III. Selepas Serangan:

1. Tawanan diperlakukan sesuai dengan kemahuan dan kepentingan pengganas.

2. Urusan tawanan ditentukan oleh pengganas.

3. Tiada pengadilan bagi tawanan.

4. Harta rampasan dan jarahan ditentukan kedudukannya oleh pengganas berkenaan.

 

Senjata

1. Segala macam senjata boleh digunakan, kecuali membakar dengan api dan senjata yang boleh membunuh secara beramai-ramai, seperti bom nuklear, biologi, kimia, dan lain sebagainya.

2. Pengecualian di atas boleh digunakan apabila musuh menggunakan senjata berkenaan.

Segala macam senjata boleh digunakan tanpa ada sebarang aturan.

 

Penutup

Islam adalah agama perdamaian dan menganjurkan kepada para pemeluknya untuk menyelesaikan konflik secara damai. Jika cara-cara damai ini tidak membuahkan hasil, maka baharulah perang boleh dilancarkan.

Melihat kepada sebab-sebab dan tujuan dilaksanakannya, jihad agak mirip dengan konsep "Just War" yang berkembang di Barat, yang kemudian menjadi rujukan bagi undang-undang perang antarabangsa.[73] Jihad hanya dilancarkan berdasarkan kepada sebab-sebab yang mustahak, dan dilaksanakan sesuai dengan kaedah serta etika perang yang adil. Maka dengan demikian, jihad adalah perang yang adil dan dibenarkan. Jihad bukanlah keganasan, sama ada dalam sebab dan tujuan mahupun tata cara perlaksanaannya, di antara jihad dan keganasan terdapat perbezaan yang sangat signifikan. Oleh itu, tidak ada alasan untuk menghubung-kaitkan antara jihad dengan keganasan.

Ayat-ayat jihad mesti difahami dan diamalkan sesuai dengan konteks sejarah diturunkannya. Jika kondisi yang dihadapi oleh umat Islam sama dengan keadaan Rasul pada zaman Makkah, maka ayat yang diamalkan sesuai pula dengan apa yang diturunkan ketika itu. Bila umat Islam mengadakan perjanjian kerjasama dengan umat lain dalam mendirikan sebuah negara, maka yang harus mereka amalkan adalah seperti yang dilakukan Rasul ketika beliau mewujudkan negara Madinah. Jika umat Islam diperangi oleh sekelompok umat lain, maka mereka harus membalas orang-orang yang memerangi mereka itu, sesuai dengan ayat-ayat yang memerintahkan sedemikian.

Wallahu A‘lam !

 

Prof. Madya Dr. Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff

Fikri Mahmud

Jabatan al-Quran dan al-Hadith

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur

Malaysia.

 



*) Kertas Kerja disampaikan pada Seminar Pemikiran Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, tanggal 7-9 Desember 2004.

[1] Menurut Firestone, sikap prejudis Barat terhadap Islam sama tuanya dengan Islam Itu sendiri (Western prejudice toward Islam is as old as Islam itself). Lihat Reuven Firestone (1999), Jihad: The Origin of Holy War in Islam. New York: Oxford University Press, h. 13. Mengenai pandangan-pandangan dunia Barat Kristian terhadap Islam sejak Abad Pertengahan dapat dirujuk pada Richard William Southern (1962), Western Views of Islam in the Middle Ages. Cambridge: Mass; Maxime Rodinson (1974), “The Western Image and Western Studies of Islam”, dlm. Joseph Schacht & C.E. Bosworth (eds.), The Legacy of Islam, c. 2. Oxford: Oxford University Press; Norman Daniel (1980), Islam and the West: The Making of an Image, c. 4. Edinburgh: University Press; Philip K. Hitti (1985), Islam and the West: a Historical Cultural Survey. H.M.J. Irawan (terj.). Bandung: Penerbit Sinar Baru; Albert Hourani (1991), Islam in European Thought. Cambridge: Cambridge University Press; Karel Steenbrink (1995), Kawan Dalam Pertikaian: Kaum Kolonial Belanda dan Islam di Indonesia (1596-1942). Suryan A. Jamrah (terj.). Bandung: Penerbit Mizan; dan lain-lain.

[2] Lihat Abdurahman Alamoudi (1997), “Images of Muslims in America”, dlm. Farish A. Noor (ed.), Terrorising the Truth. Penang: Just World Trust (JUST), h. 4.

[3] Salah seorang pemimpin paderi di gereja Kristian Evangelical Amerika Syarikat, Jerry Falwell, dalam satu wawancaranya dengan program 60 Minutes di rangkaian televisyen CBS mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pengganas. Kenyataannya itu mendapat reaksi keras dari tokoh-tokoh agama dari berbagai negara, termasuk di Malaysia. Lihat Utusan Malaysia, 4 dan 5 Oktober 2002, hh. 1 dan 4.

[4] Silas (t.t.), “Muhammad, Islam, and Terrorism”, http://www.answering-islam.org/Silas/terrorism.htm, tarikh akses 20 April 2004. Silas (nama samaran?) berusaha meyakinkan bahawa Islam benar-benar sebati dengan keganasan. Ia memaparkan bukti-bukti sejarah yang sebelumnya telah dikemukakan oleh para orientalis dan sudah lama dijawab oleh Moulavi Cheragh Ali pada abad ke-19 lalu. Lihat Moulavi Cheragh Ali (1984), A Critical Exposition of the Popular “Jihad”, Delhi (India): Idarah-I Adabiyat-I Delli (buku ini sudah diterbitkan di Calcutta, th. 1885). Demikian juga dengan laman web The Truth Tree. Laman web ini memuat kutukan terhadap Islam, “A Hindu Condemtion of Islam” yang ditaja oleh kelompok Hindu, Jyotish. Lihat laman web http://www.truthtree.com/islam/islam_menu.shtml, tarikh akses 5 Mai 2004.

[5] Sebagai contoh betapa perkataan jihād membawa maksud yang sangat negatif sejak peristiwa 11 September 2001 lepas adalah apa yang dialami oleh Zayed Yasin, seorang Pelajar Islam Amerika, yang terpilih untuk menyampaikan ucapan ringkas bertajuk “Of Faith and Citizenship: My American Jihad” (Agama dan Kerakyatan: Jihād Saya Sebagai Rakyat Amerika) pada Majlis Konvokesyen di Universiti Harvard awal Jun 2002. Hal ini telah mengundang protes daripada sebilangan pelajar Universiti berkenaan dan Zayed dihina serta menerima ugutan bunuh sejak pihak Universiti memilihnya untuk menyampaikan ucapan tersebut. Lihat berita “Pelajar Universiti Harvard Protes Ucapan “Jihad”", Utusan Malaysia, 31 Mei 2002, h. 17. Bandingkan dengan pengertian jihād yang terkandung dalam konteks tulisan R. Emmett Tyrell berikut: “Orang Arab [muslim] adalah kaum fanatik religius yang mengabdi pada sebuah agama pejuang non-Barat. Warisan mereka bagi kita termasuk kata-kata pembunuh jihad… Di muka bumi ini hanya orang Cina dan Rusia yang terbiasa dengan pembantaian satu sama lain, yang lebih tidak terkendali. Orang Rusia dan Cina melakukan hal ini untuk membuat masyarakatnya lebih efisien dan untuk omong besar; Orang Arab melakukan itu karena ketaatan agama… Apapun kasusnya [kesnya], orang Arab mencabut pisaunya dengan kenikmatan, dan ketika ia selesai menjagal [menyembelih], ia makin dekat kepada Allah”. Lihat Edmund Ghareeb (1988), “Pro-Israel Influence in American Media Coverage of the Middle East”, dlm. The Zionist, Mass Communication from Theory to Application. Tunis: ALESCO (Arab League Educational, Cultural and Scientific Organization), h. 35; dikutip daripada Satrio Arismunandar (1993), “Islam di Mata Media Massa Barat”, Islamika, no. 1, Juli-September 1993, h. 66.

[6] Lihat Edward W. Said (1981), Covering Islam: How the Media and the Experts Determine How We See the Rest of the World. London: Routledge & Kegan Paul, h. 108.

[7] Selepas Majlis tersebut Pejabat Untuk Urusan-urusan Non-Kristian (The Office for Non-Christian Affairs) di Vatican menerbitkan sebuah dokumen yang bertajuk “Orientation for a Dialogue between Christians and Muslims” (Orientasi Untuk Dialog Antara Umat Kristian dan Umat Islam). Antara isinya adalah menjelaskan pengertian jihād sebagai “usaha untuk menyiarkan Islam dan mempertahankannya melawan para penceroboh” (the effort to spread Islam and defend it against its aggressors). Ditambahkannya bahawa " jihad tidak bertujuan untuk memusnahkan (extermination), tetapi adalah untuk “menyiarkan hak-hak Tuhan dan hak-hak manusia di negeri-negeri baru”. Lihat Maurice Bucaille (1978), The Bible, The Qur’an and Science. Alastair D. Pannell & the Author (terj.). Indianapolis: American Trust Publications, hh. ii-iii dan 111-114.

[8] Seperti yang ditulis oleh Bosworth: “The Ottoman Turks struck terror into the heart of Christian Europe, so that the Elizabethan historian of the Turks, Richard Knollys, described them as ‘the present terror of the world’”. Lihat C.E. Bosworth (1980), “The Historical Background of Islamic Civilization”, dlm. R. M. Savory (ed.), Introduction to Islamic Civilization. New York, Cambridge: University Press, h. 25; lihat juga Bernard Lewis (1993), Islam and the West. New York–Oxford: Oxford University Press, h. 15. Pada masa itu “Islam” disamakan dengan “Turki”, dan “orang-orang Turki” disinonimkan dengan “umat Islam”. Lihat Rodinson (1974), op. cit., h. 31. Jadi Islam (umat Islam) ketika itu sudah dianggap sebagai “teroris” dunia.

[9] Lihat Ibn Warraq (1995), Why I am not a Muslim. New York: Prometheus Books, h. 198 dan seterusnya.

[10] Lihat Habib Siddiqui (2004), “An Analysis of Anti-Islamic Polemics”, diterbitkan dalam laman web Ivews, http://www.iviews.com/articles/articles.asp?ref=IV0405-2323&p=2, tarikh akses 27 Mai 2004.

[11] Fazlur Rahman membahagi Islam kepada “Islam normatif” (normative Islam) dan “Islam sejarah” (historical Islam), lihat Fazlur Rahman (1982), Islam and Modernity: Transformation of an Intellectual Tradition. Chicago & London: University of Chicago Press, h. 141, dan Taufik Adnan Amal (1992), Islam dan Tantangan Modernitas: Studi atas Pemikiran Hukum Fazlur Rahman, c. 3. Bandung: Penerbit Mizan, h. 147. Kemudian Rakhmat juga membahagi Islam kepada dua macam: “Islam aktual” dan “Islam konseptual”, lihat Jalaluddin Rakhmat (1991), Islam Aktual: Refleksi Sosial Seorang Cendekiawan Muslim, Bandung: Penerbit Mizan, h. 18.

[12]We must distinguish between the religious communities as beareres of religious cultures and the normative truths or transcendent aspects of religious”, kata Rahman. Lihat Fazlur Rahman (1985), “Approaches to Islam in Religious Studies: Review Essay”, dlm. Richard C. Martin (ed.), Approaches to Islam in Religious Studies. Tucson: The University of Arizona Press, h. 194.

[13] Max Weber (1971), The Sociology of Religion. Ephraim Fischoff (terj.). c. 2. London: Social Science Paperbacks, h. 262.

33 Ibid., h. 87. 

[15] Pada bulan Pebruari 1988, Osama bin Laden mengeluarkan fatwa menghimbau kaum muslimin supaya membunuh rakyat Amerika di mana pun berada. Ia mendasari fatwanya itu dengan surah al-Tawbah (9): 5. Fatwa tersebut disiarkan pada Al-Quds al-Arabi, 23 Pebruari 1998. Lihat Simon Reeve (1999), The New Jackals: Ramzi Yousef, Osama bin Laden and the Future of Terrorism. London: André Deutsch, h. 268; dan Rohan Gunaratna (2002), Inside Al-Qaeda: Global Network of Terror. New Delhi: Roli Books Pvt. Ltd., h. 1.

[16] Omar Bakri, misalnya, daripada Barisan Islam Antara Bangsa (IIF) kepada La Republica yang berpusat di Rom mengatakan bahawa hari serangan dilancarkan itu perlu dirayakan: “Bagi dunia Islam, hari ini merupakan hari yang perlu dirayakan dan kami telah mengagihkan gula-gula dan manisan di masjid-masjid di seluruh dunia, terutamanya di London”, katanya. Osama bin Laden mengucapkan tahniah kepada kumpulan berani mati yang menyerang Amerika Syarikat itu sambil menafikan dirinya terlibat dalam kejadian tersebut. Malahan menurut salah seorang pembantunya yang kata-katanya dipetik oleh Jamal Ismail, ketua Biro Televisyen Abu Dhabi: “Osama bersyukur kepada Allah dan terus sujud sebaik sahaja mendengar berita itu”. Lihat Utusan Malaysia, 13 September 2001.

[17] Seperti dikatakan Tibi: "Qur'anic traditions of war are based on verses related to particular events.  At times, they contradict one another. It is not possible, therefore, to reconstruct from these verses a single Islamic ethic of war and peace". Lihat Bassam Tibi (1996), "War and Peace in Islam", dlm. Terry Nardin (ed.), The Ethics of War and Peace: Religion and Secular Perspectives. Princenton: Princenton University Press, h. 129.

[18] Konsep Nasikh-Mansukh hendak menyeragamkan hukum yang berlaku bagi semua situasi dan kondisi yang beranika ragam itu ke dalam satu hukum sahaja, iaitu dengan mengambil dasar pijakan kepada ayat yang terakhir turun. Ini menyebabkan timbulnya masalah yang serius. Ayat-ayat jihad, terutama ayat al-Sayf  (ayat ke-5 surah al-Tawbah), dikatakan telah memansukhkan (membatalkan) banyak ayat di dalam al-Qur’an yang menyuruh untuk bersabar, pemaaf, toleransi, perdamaian dan lain sebagainya. Menurut al-Zuh}ayli sebahagian ulama' beranggapan bahawa ada sebanyak 124 ayat yang telah dimansukhkan oleh ayat al-Sayf tersebut. Lihat Wahbah al-Zuh}ayli (1961), A<thar al-H{arb fi al-Fiqh al-Islami: Dirasah Muqaranah, c. 3. Beirut: Dar al-Fikr, h. 112. Dan dalam perkiraan Mus}t}}}afa Zayd, ayat-ayat yang telah dianggap mansukh oleh sebahagian ulama' dengan ayat al-Sayf  itu berjumlah 140 ayat. Lihat Mus}t}afa Zayd (1963), al-Naskh fi al-Qur’an al-Karim: Dirasah Tasyri‘iyyah Tarikhiyyah Naqdiyyah, j.2. Kaherah: Dar al-Fikr al-‘Arabiyyah, h. 508.

[19] Perkataan jihad (جهاد) berasal daripada tiga huruf “jhd” (جهد) yang dapat dibaca dengan dua cara: “juhd” atau “jahd”. Yang pertama bermakna: kemampuan/kesanggupan, daya upaya, usaha, kekuatan, dan yang semakna dengannya. Sedangkan yang kedua bermakna: kesungguhan, kesusahan, kesulitan, dan sebagainya. Namun demikian, terdapat perbezaan pandangan di kalangan ahli bahasa, apakah bacaan pertama yang mempunyai makna yang kedua atau sebaliknya. Tapi perbezaan pandangan itu tetap mengandungi kedua-dua pengertian diatas. Lihat Abu al-Fad{l Jamal al-Dīn Muh{ammad b. Mukrim Ibn Manz{ūr (1968), Lisan al-‘Arab, j. 3. Beirut: Dar S{adir, h. 133.

[20] Al-Qur’ān juga menggunakan perkataan ‘jahada’ untuk menyebut usaha yang dilakukan oleh dua orang tua yang kafir untuk memusyrikkan anaknya, seperti yang terdapat dalam ayat: “وان جـــهداك على أن تشرك بي ما ليس لك به علم فلا تطعهما... ” [Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…]. Lihat surah Luqmān (31): 15.

[21] Lihat Muh}ammad Khayr Haykal (1996), al-Jihad wa al-Qital fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, j.1. Beirut: Dār al-Bayāriq, h. 40.

[22] Teks aslinya: “الجهاد حقيقة الاجتهاد في حصول ما يحب الله من الايمان والعمل الصالح، ومن دفع ما يبغض الله من الكفر والفسوق والعصيان ”, dikutip oleh Ibrāhīm b. ‘Umar b. H{asan al-Rabbāt} al-Biqā‘ī (2002), al-Istisyhad bi A<yat al-Jihad, Kaherah: Dār al-Risālah, h. 15.

[23] Ibid., h. 16.

[24] Berdasarkan pada sebuah hadith yang diucapkan Rasul ketika pulang dari Perang Badar: “رجعنا من الجهاد الأصغر الى الجهاد الأكبر. قالوا وما الجهاد الأكبر؟ قال: جهاد القلب“ وفي رواية ”مجاهدة القلب هواه“ ” [“Kita telah kembali dari jihād yang kecil menuju kepada jihād yang paling besar”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa jihād yang paling besar itu?”. Rasul berkata: “Jihād dengan hati”. Dalam satu riwayat dikatakan “jihād seorang hamba melawan hawa nafsunya”. Menurut al-‘Asqalānī riwayat ini bukan bersumber dari Rasul, tapi hanyalah perkataan Ibrāhīm bin ‘Ublah. Al-‘Irāqī mengatakan bahawa hadith ini isnadnya d{a‘if (lemah). Lihat Haykal (1996), op. cit., h. 46, khususnya nota kaki no. 2.

[25] Sulaymān al-Jamal mendefinisikannya dengan “قتال الكفار لنصرة الاسلام ” [Memerangi orang-orang kafir untuk menolong (membela) Islam]. Lihat Sulaymān al-Jamal (t.t.), H{asyiyah Sulayman al-Jamal ‘ala Syarh} al-Minhaj, j. 5. Beirut: Dār Ih}yā’ al-Turāth al-‘Arabī, h. 179. Ibn Hārūn mendefinisikannya sebagai “قتال العدو لاعلاء كلمة الاسلام ” [Memerangi musuh untuk meninggikan kalimah (agama) Islam]. Lihat Abū ‘Abd Allāh Muh}ammad b. Muh}ammad b. ‘Abd al-Rah}mān al-Maghribī (al-Khattāb) (1978), Mawahib al-Jalil li Syarh} Mukhtas}ar Khalil, j.3, c.2. Beirut: Dār al-Fikr, h. 347.

[26] Damād Afandī mendefinisikannya sebagai “قتل الكفار ونحوه من ضربهم ونهب أموالهم وهدم معابدهم وكسر أصنامهم وغيرهم  ” [Membunuh orang-orang kafir dan yang sama dengan mereka [kafir dhimmi yang membatalkan perjanjian, atau orang-orang murtad], dan merampas harta benda mereka, serta merobohkan tempat ibadah mereka, dan menghancurkan berhala-berhala mereka, dan lain-lainnya]. Lihat ‘Abd Allāh b. al-Syaykh Muh}ammad b. Sulaymān (Dāmād Afandī) (1316), Majma‘ al-Anhar fi Syarh} Multaqa al-Abhar, j. 1. t.tp.: Dār Ih}yā’ al-Turāth al-‘Arabī, h. 632. Pandangan ini dikutip oleh al-Bannā dalam bukunya Risālah al-Jihād, lihat H{asan al-Banna (1970), Risalah al-Jihad. U.S.A: IIFSO.

[27] Beberapa orang ulama' fiqh mendefinisikan jihād dengan “الدعاء الى الدين الحق والقتال مع من لا يقبله ” [Mengajak kepada agama yang benar (Islam) dan memerangi orang yang tidak mahu menerimanya]. Lihat Abū Muh}ammad Mah}mūd b. Ah}mad al-‘Aynī (1980), al-Binayah fi Syarh} al-Hidayah, j. 5. Beirut: Dār al-Fikr, h. 642; Ibn ‘Ābidīn (1979), H}asyiyah Radd al-Mukhtar ‘ala al-Durar al-Mukhtar: Syarh} Tanwir al-Abs}ar (H{asyiyah Ibn ‘Abidin), j.4, c.3. Beirut: Dār al-Fikr, h. 121; Kamāl al-Dīn b. ‘Abd al-Wāh}id Ibn al-Humām (1977), Syarh} Fath} al-Qadir, j. 5, c. 2. Beirut: Dār al-Fikr, h. 345.

[28] Lihat Abū al-A‘lā al-Mawdūdī (1970), al-Jihad fi Sabil Allah. USA.: IIFSO, h. 13.

[29] Lihat surah al-Furqān (25): 52; al-‘Ankabūt (29): 6 & 69; Luqmān (31): 15.

[30] Misalnya: “كتب عليكم القتال وهو كره لكم.... ” [Diwajibkan atas kamu berperang, padahal perang itu adalah sesuatu yang kamu benci....]. Lihat surah al-Baqarah (2): 216. Ada ayat yang memerintahkan berjihad menghadapi orang-orang kafir dan munafiq: “يـأيهاالنبي جـــهد الكفار والمنـفقين واغلظ عليهم....  ” [Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka....]. Lihat surah al-Tawbah (9): 73 dan al-Tah}rīm (66): 9. Pengertian jihād dalam ayat ini tidak harus difahami sebagai perang bersenjata sahaja, kerana nabi tidak pernah memerangi orang-orang munafik dengan senjata, melainkan hanya dengan menggunakan kata-kata.

[31] Lihat surah al-Mumtah}anah (60): 1; Lihat juga surah al-Nisā' (4): 95; al-Tawbah (9): 86; dan lain-lain.

[32] Surah al-Furqān (25): 52.

[33] Menurut sebahagian ulama' jihād menggunakan senjata semasa di Makkah diharamkan. Lihat Ibrāhīm al-Ni‘mah (1982), al-Jihad fi al-Tas}awwur al-Islami. Mosul: Mat}ba‘ah al-Jumhūr, h. 32.

[34] Lihat Kāmil Salāmah al-Diqs (1972), A<yat al-Jihad fi al-Qur'an al-Karim. Kuweit: Dār al-Bayān, h. 186; Louay Fatoohi (2002), Jihad in the Qur'an: the Truth from the Source. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, h. 52; Maulana Wahiduddin Khan (2002), The True Jihad: The Concepts of Peace, Tolerance and Non-Violence in Islam. New Delhi: Goodword Books, h. 16.

[35] Terjemahan surah al-H{ajj (22): 38-40. 

[36] Surah al-Baqarah (2): 190.

[37] Maulānā Muh}ammad ‘Alī (1990), The Religion of Islam, c.6. U.S.A.: The Ah}madiyya Anjuman Ishā‘at Islām (Lahore), h. 412.

[38] Lihat Sohail H. Hashmi (2003), "Interpreting the Islamic Ethics of War and Peace", Journal of Lutheran Ethics, dalam laman web http://www.elca.org/jle/articles/ contemporary_issues/article.hashmi_sohail_h.html, tarikh akses 15 April 2004

[39] Tentang kegemaran mereka melanggar perjanjian tersebut dalam al-Qur'an: "(Iaitu) orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dari mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya). Jika kamu menemui mereka dalam peperangan, maka cerai beraikanlah orang-orang dibelakang mereka dengan (menumpas) mereka, supaya mereka mengambil pelajaran". Lihat surah al-Anfāl (8): 56-57.

[40] Selain musuh yang telah memerangi umat Islam, masih banyak musuh yang belum diketahui. "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya". Lihat surah al-Anfāl (8): 60.

[41] "Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa". Lihat surah al-Tawbah (9): 123.

[42] Ayat-ayat jihad turun secara bertahap. Ulama' yang menyelidiki tahapan turunnya menyimpulkan sebagai berikut: (1). Ketika di Makkah jihad bersenjata dilarang, umat Islam diperintah supaya bersabar terhadap penindasan kafir Quraysy dan memaafkan mereka; (2). Setelah berhijrah ke Madinah, umat Islam diizinkan berperang jika diserang terlebih dahulu; (3). Kemudian diizinkan pula memulakan serangan terhadap orang-orang kafir, kecuali pada bulan-bulan H{aram dan di tempat H{aram; (4). Pada peringkat akhir, umat Islam diperintah supaya memerangi semua orang-orang kafir secara mutlak, tak kira masa dan tak kira tempat. (Lihat antara lain al-Imam al-Nawawi (1985), Rawd}ah al-T{alibin wa ‘Umdah al-Muftin, j.10, c. 2. Beirut: al-Maktab al-Islami, h. 204; al-Sarakhsi (1993), op. cit., h. 12; al-Diqs (1972), op. cit., h. 209; dan lain-lain). Kemudian, para ulama' berbeza pandangan dalam mentafsirkan tahapan turunnya ayat-ayat jihad itu. Ada yang menggunakan teori Nasikh-Mansukh; mereka berpendapat bahawa ayat yang turun pada peringkat akhir tadi telah memansukhkan ayat-ayat yang turun sebelumnya. Dengan demikian, umat Islam wajib memerangi semua non-muslim tak kira masa dan dimana jua. Ada pula yang menggunakan teori al-Mansa' (penangguhan). Menurut teori ini Tuhan menangguhkan perintah memerangi semua orang yang tidak beriman kerana kondisi umat Islam belum lagi memungkinkan mereka untuk melaksanakannya. Ketika di Makkah umat Islam masih lemah, oleh itu Tuhan menyuruh mereka bersabar. Selepas berhijrah ke Madinah umat Islam mulai kuat, maka Tuhan mulai pula mengizinkan mereka memerangi orang-orang yang memerangi mereka. Kemudian ketika umat Islam benar-benar kuat, Tuhan memerintahkan supaya mereka memerangi semua orang yang tidak beriman tanpa kecuali. (Lihat Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman al-Suyuti (1988), al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an, j.3. Beirut: al-Maktabah al-‘As}riyyah, hh. 21-22, dan al-Zuh}ayli (1961), op. cit., hh. 113-114). Menurut kami, ayat-ayat tersebut turun mengikut keadaan yang dihadapi umat Islam pada masa itu, dan harus diamalkan sesuai pula dengan keadaannya masing-masing. Oleh itu, kami kurang bersetuju dengan kedua-dua teori tersebut. Ini akan kami jelaskan pada bahagian penutup artikel ini.

[43] Terjemahan surah al-Nisā' (4): 75.

[44] "(Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka". Terjemahan surah al-Anfāl (8): 72.

[45] Marmaduke Pickthall (1988), Perang dan Agama, c. 2. M. Hashem (terj.). Bandar Lampung – Jakarta: Penerbit YAPI, h. 22.

[46] Lihat surah al-Baqarah (2): 217.

[47] Lihat surah al-Nisā' (4): 90.

[48] Lihat surah al-Baqarah (2): 217.

[49] Fitnah bermaksud penyiksaan dan penindasan. Lihat surah al-Burūj (85): 10.

[50] Terjemahan surah al-Baqarah (2): 193.

[51] "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat". Lihat surah al-Baqarah (2): 256; "Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?". Lihat  surah Yūnus (10): 99.

[52] Dimana pemerintahan Islam berkuasa, umat lain menikmati kebebasan dalam menjalankan agama mereka; tidak ada penyiasatan (inquisition). Ketika umat Islam memasuki Sepanyol, umat Kristian dan Yahudi menikmati hak-hak dan kebebasan mereka sebagai warga negara. Ibu kepada ‘Abd al-Rah}mān al-Dakhīl (khalifah pertama di Cordova, th. 912-961 M) adalah seorang Nasrani. Kerana Islam memang membolehkan lelaki muslim berkahwin dengan perempuan Yahudi dan Nasrani. Berbeza keadaannya ketika Ferdinand dan Isabella merebut kembali Sepanyol dari umat Islam; Kardinal Ximenez merasmikan suatu kempen taubat paksa terhadap sisa-sisa umat Islam di sana. Banyak di antara mereka yang berpura-pura memeluk Kristian, tapi secara diam-diam mengamalkan Islam. Tahun 1501 kerajaan mengeluarkan keputusan, menawarkan pilihan kepada mereka antara meninggalkan Islam atau meninggalkan Sepanyol. Menurut perkiraan, pada abad ke- 17, sebanyak 3 juta umat Islam Sepanyol lenyap. Lihat Hitti (1985), op. cit., h. 96.

[53] Lihat surah al-Baqarah (2): 190.

[54] Terjemahan surah al-Mumtah}anah (60): 8.

[55] Apabila umat Islam menaklukkan Jerusalem, khalifah ‘Umar b. al-Khat}t}ab mengumumkan pemberian jaminan keamanan bagi penganut agama lain. Tapi ketika tentera Salib datang merebut bandar itu, kanak-kanak dilemparkan ke atas dinding, orang-orang dewasa dibakar, perut mereka dirobek untuk melihat apakah mereka ada menelan emas, orang-orang Yahudi digiring ke dalam sinagog mereka dan kemudian dibakar, hampir 70,000 orang mati dibunuh secara beramai-ramai. Lihat Ameer Ali (1974), The Spirit of Islam. London: Chatto & Windus, h. 220.

[56] Lihat Abu ‘Abd Allah Muh}ammad b. Ah}mad al-Ans}arial-Qurt}ubi (1993), al-Jami‘ li Ah}kam al-Qur'an (Tafsir al-Qurt}ubi), j. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, hh. 232-233; al-Zuh}ayli (1961), op. cit., hh. 494-496; al-Diqs (1972), op. cit. h. 93; Majid Khadduri (1969), War and Peace in the Law of Islam, c.4. Baltimore and London: The Johns Hopkins Press, h. 102; dan lain-lain.

[57] Lihat Abu Bakr Muh}ammad b. Abu Sahl al-Sarakhsi (1993), al-Mabs}ut},  j. 10. Beirut: Dar al-Ma‘rifah, h. 5.

[58] Lihat surah al-Tawbah (9): 36.

[59] Lihat surah al-Baqarah (2): 194.

[60] "Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan H{aram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar". Lihat surah al-Baqarah (2): 217. Bulan-bulan H{aram adalah bulan Dhulqa‘dah, Dhulh}ijjah, Muh{arram dan Rajab. Pada bulan-bulan tersebut masyarakat Arab sejak zaman jahiliah pergi berziarah ke Makkah. Telah menjadi undang-undang pada masa itu bahawa dalam bulan-bulan tersebut dilarang berperang.

[61] Ibid.: 191.

[62] "Dan jika kamu khawatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat". Lihat surah al-Anfal (8): 58.

[63]Jumlah bayaran jizyah ditentukan oleh kerajaan sesuai dengan kesanggupan pembayar dan hanya diwajibkan bagi kaum lelaki yang mampu berusaha sahaja. Orang yang sudah tua, orang kurang upaya, kanak-kanak yang belum cukup umur dan para wanita tidak dikenakan jizyah. Sebahagian ulama berpendapat bahawa kewajipan membayar jizyah sebenarnya adalah sebagai ganti daripada kewajipan ketenteraan, bukanlah pajak jiwa  atau pajak kepala seperti yang disangkakan kebanyakan orang. Pandangan ini memang ada benarnya, kerana kalau sekiranya jizyah merupakan pajak jiwa sudah barang tentu setiap jiwa diwajibkan membayarnya, termasuk juga orang tua, para wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya, dan sebagainya. Tetapi mereka dikecualikan, ini menunjukkan bahawa jizyah bukanlah pajak jiwa. Yang diwajibkan hanyalah kaum lelaki yang punya kesanggupan untuk berperang. Seorang muslim wajib ikut ke medan perang mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara bila keadaan menghendaki, tapi warga non-muslim tidak demikian. Oleh itu, sebagai gantinya mereka diwajibkan pula membayar jizyah. Bila seorang muslim wajib mempertahankan negara dengan harta dan jiwanya, maka warga non-muslim hanya dengan harta mereka. Lihat Muh}ammad Salim Ghazwi (t.t.), al-H{urriyat al-‘A<mmah fi al-Islam ma‘a al-Muqaranah bi al-Mabadi' al-Dusturiyyah al-Gharbiyyah wa al-Marksiyyah. Iskandaria: Mu'assasah al-Syabab al-Jami‘iyyah, h. 67. Pemungutan jizyah sudah menjadi tradisi sejak zaman purbakala. Pada  zaman Nabi Dawud dan Nabi Sulayman, penenduduk minoriti Palestin yang hidup di kalangan orang Israel juga telah membayar jizyah.  Orang-orang Rom dan Parsi pun juga memungut jizyah. Ah}mad Wafiq dalam bukunya ‘Ilm al-Dawlah menjelaskan bahawa paderi-paderi Kristian di bandar Kirs telah menubuhkan satu Tabung Perdamaian Bersama di Rouergue, pungutan diambil sebanyak 3 qurusy ke atas setiap orang kuli, 6 hingga 12 qurusy keatas seorang pekerja, 12 qurusy ke atas setiap satu kandang kambing. Itulah yang dinamakan jizyah dalam tradisi Kristian. Wafiq menyebut nama-nama negeri dan jajahan taklukan yang membayar jizyah kepada Pope sebagai bayaran untuk memperoleh kawalan Botros (St. Pirre), antaranya ialah: Polonia, Sicily, Denmark, Bahome, England, Kiif, Croatia, Jerman, Aragon, dan Portugal. Selanjutnya lihat Ali Ali Mansur (1994), Islam Dalam Perhubungan Antarabangsa. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid (terj.). Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia, hh. 357-358.

[64] "Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Terjemahan surah al-Anfāl (8): 61.

[65] "Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih". Lihat surah al-Insan (76): 8-9. Nabi berpesan: "Perlakukanlah para tawanan secara baik". Tentang tawanan perang Badar beliau berkata: "Mereka itu adalah saudara kamu, berilah mereka makanan apa yang kamu makan, dan pakaian sebgaimana yang kamu pakai". Lihat Z{afir al-Qasimi (1982), al-Jihad wa al-H{uquq al-Dawliyyah fi al-Islam. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin, h. 523; al-Zuh}ayli (1961), op. cit., h. 404 dan seterusnya.

[66] "Dan jika seorang di antara orang-orang musyrik itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui". Lihat surah al-Tawbah (9): 6.

[67] "Ketahuilah, sesungguhnya apa sahaja yang kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan". Lihat surah al-Anfal (8): 41; "Dan apa sahaja harta rampasan (fay') yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu". Lihat surah al-H{asyr (59): 7.

[68] Menurut kamus The Shorter Oxford English Dictionary on Historical Principles, istilah terror digunakan untuk menyatakan “suatu kondisi yang mengerikan atau sangat menakutkan; perasaan gentar, takut, atau rasa cemas yang amat hebat” (the state of being terrified or greatly firghtened; intense fear, fright, or dread), dan “tindakan atau keadaan yang mendatangkan ketakutan; sangat menggentarkan dan mengerikan” (the action or quality of causing dread; terrific quality, terribleness) dan lain sebagainya. Lihat William Little, H.W. Fowler & J. Coulsen (1968), The shorter Oxford English Dictionary on Historical Principles, edisi ke-3. Oxford: The Clarendon Press, h. 2155.

[69] Encyclopedia of Terrorism and Political Violence menghimpun sebanyak tujuh puluh definisi terrorism yang telah dibuat oleh para sarjana. Lihat John Richard Thackrah (1987), Encyclopedia of Terrorism and Political Violence. London & New York: Routledge & Kegan Paul, hh. 58-63.

[70] Lihat Brian M. Jenkins (2003), “International Terrorism: The Other World War”, dlm. Charles W. Kegley, Jr. (ed.), The New Global Terrorism: Characteristics, Causes, Controls. New Jersey: Prentice Hall, h. 17.

[71] Lebih lanjut lihat Paul Wilkinson (1974), Political Terrorism, London: The Macmillan Press Ltd., hh. 52-53; Sudhir Kumar Singh (2000), Terrorism: A Global Phenomenon. Delhi: Authorspress, h. 22; David J. Whittaker (ed.) (2001), The Terrorism Reader. London and New York: Routledge, h. 248; Syed Hussein Alatas (2002), Kemana Dengan Islam: 22 Artikel Pilihan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hh. 99-100; Jenkins (2003), op.cit., h. 18; dan lain-lain.

[72] A.P. Schmid and Janny de Graaf (1982), Violence as Communication: Insurgent Terrorism and the Western News Media. London and Beverly Hills: Sage Publications, h. 15; Agak sama dengan definisi tersebut, Syed Hussein Alatas menjelaskan: "Yang dimaksudkan sebagai terrorist (pengganas) adalah mereka yang merancang ketakutan sebagai senjata per­sengketaan terhadap lawan dengan serangan pada manusia yang tidak terlibat, atau harta benda tanpa menimbang salah atau benar dari segi agama atau moral, ber­dasarkan atas perhitungan bahawa segalanya itu boleh dilakukan bagi mencapai tu­juan matlamat persengketaan" [italic daripada kami]. Lihat Alatas (2002), op. cit., hh. 110-111.                      

[73] Konsep "Just War" berkembang melalui berbagai tahapan. Just War terdiri daripada dua komponen yang dalam bahasa Latin disebut: jus ad bellum (sebab-sebab atau kondisi yang membolehkan perang dilaksanakan) dan jus in bello (etika atau kaedah yang harus dipatuhi oleh askar dalam berperang). Selanjutnya lihat John Kelsay and James Turner Johnson (ed.) (1991), Just War and Jihad. New York. Westport Connecticut. London: Greenwood Press. Huraian singkat tentang sejarah Just War, lihat artikel "The Theory of the Just War", dlm. laman web http://www.bbc.co.uk/religion/ethics/ war/justwarintro.shtml, tarikh akses 15 April 2004.